UMNO CYBER TROOPERS

UMNO CYBER TROOPERS
BERJUANG SAMPAI MATI!!!

Rabu, 23 Mei 2012

RAYU ISRAEL UNTUK JADI TUAN RUMAH WGC2012?? SAIFUDDIN KANTOI MENIPU!! @SaifNasution







Balaci-balaci Pakatan Rakyat dikerah untuk bermati-matian memutarbelitkan fakta dan merekayasa cerita supaya kaitan 'Imam Mahdi' mereka - Anwar Ibrahim yang tersasul menyatakan sokongan terbuka kepada Israel dalam majalah WSJ dilupakan dengan mengaitkan kepimpinan BN/Malaysia dengan Israel.

Satu teknik propaganda yang dinamakan TRANSFER -iaitu mengalihkan kesalahan sendiri kepada pihak lawan. Dan cara terbaik adalah dengan melakukan BLACK PROPAGANDA - mereka-reka cerita dengan sumber yang tidak jelas.

Sepertimana Mahfuz Omar yang telah kantoi & terserlah kebodohannya bila cuba mengaitkan Felda dengan Israel -BACA SINI (KLIK!), kini tiba giliran SU Agung PKR- Saifuddin Nasution menceritakan dongeng tanpa happy-ending bila kenyataannya mengaitkan Persatuan Gas Malaysia (MGA) dengan Israel terkantoi juga!

Surat yang dikatakan merayu Israel dalam usaha melobi Malaysia menjadi tuan rumah World Gas Conference (WGC) mudah saja dimanipulasikan menggunakan perisian photoshop... bukan bukti yang kukuh untuk membuat tuduhan. Apatah lagi dalam surat tersebut menyatakan delegasi Israel akan diusahakan untuk diberi kebenaran menjejak bumi Malaysia walaupun kedua negara tidak mempunyai hubungan diplomatik.

WGC diadakan 3 kali setahun di mana pada tahun 2006, Belanda menjadi tuan rumah, pada tahun 2009 pula Argentina menjadi tuan rumah. Untuk persidangan kali ke-25 pada tahun 2012 - tiba giliran Malaysia menjadi tuan rumah.

Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah WGC2012, jika surat di atas benar sudah pasti akan ada deligasi dari Israel menyertai persidangan itu pada bulan Jun nanti. MGA sudah menyiapkan senarai deligasi... adakah terdapat wakil dari Israel???
Senarai deligasi yang menyertai WGC2009 di Buenos Aires, Argentina... Terpampang nama salah seorang wakil Israel yang menjadi peserta deligasi.

Cuba perhatikan satu-persatu deligasi yang akan menyertai WGC2012 di Kuala Lumpur, ada tak terselit nama wakil dari Israel?? Jawapannya - TIADA!! Tapi untuk kepastian silakan teliti sendiri senarai deligasi tersebut... Terutamanya kepada Pudin - sila perhatikan betul2 supaya senang nak spin lagi lepas ni!

Sekiranya tuduhan Saifuddin benar, sekiranya surat tersebut juga bukan palsu, sudah pasti akan tertera nama wakil deligasi dari Israel yang akan menjadi salah seorang peserta di persidangan WGC tahun ini.

Nice try Pudin... Cuba dan berusahalah dengan lebih keras untuk menambah koleksi spin meracun pemikiran penyokong2 Pakatan Rakyat yang sememangnya bangang semenjak azali!

Jom, kita imbas kembali berbuih mulut Saipudin mengelentong penyokong2nya:-



Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Malaysia pernah mendapatkan bantuan Israel melobi untuk mendapatkan hak menganjurkan Persidangan Gas Sedunia (WGC) 2005.

Setiausaha Agung PKR Dato’ Saifuddin Nasution Ismail berkata, semasa tahun 2005, Malaysia telah merayu bantuan Israel supaya menyokong cadangan Malaysia menjadi tuan rumah.

Malah, dakwanya Malaysia turut menawarkan secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke Persidangan Pertubuhan Gas Antarabangsa (IGU) di Tianjin, China.
“Pendekatan merayu bantuan Israel ini mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra.

“Penganjurannya pula dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh Petronas dan dinasihati oleh Perdana Menteri (ketika itu) Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Malaysia akan menjadi tuan rumah WGC yang akan berlangsung di sini bermula 4 hingga 8 Jun depan, satu persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh dunia.
Penganjuran IGU dipilih melalui undi oleh anggota IGU yang antaranya disertai Rusia, Brunei, Indonesia, selain Malaysia dan Israel.

Ahli Parlimen Machang itu mendakwa, pihaknya mempunyai bukti Tun Mahathir dan Wisma Putra sedia maklum mengenainya tetapi mereka hanya merestui sahaja pendekatan ini.

Beliau turut mengemukakan bukti surat yang pernah ditulis oleh Presiden Persatuan Gas Malaysia kepada Pengurus Besar Institut Petroleum dan Tenaga Israel Shmuel Klempner bertarikh 6 September 2005.

“Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel. -FMC
ini yang cuba mereka tutup...



.

Datuk Yusof Bekas Pendakwaraya Kes Liwat Anwar Ibrahim Beri Amaran Buat Najib Razak





Agak riuh hari ini dengan cerita bekas pendakwaraya kes liwat Anwar Ibrahim Datuk Yusof yang hari ini menjadi peguambela kepada Anwar Ibrahim dalam kes rusuhan pada BERSHIT 3.0 tempoh hari. Ramai ulasan mengenai pekara tersebut dan diantaranya:

PEMBANGKANG KATA:

"Terbukti Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes liwat kerana sekarang ini pendakwaraya yang dulunya menentang Anwar Ibrahim telah menjadi peguambela kepada Anwar Ibrahim"

PRO KERAJAAN KATA:

"Baru jelas mengapa kes liwat Anwar Ibrahim dibebaskan kerana rupa rupanya pendakwaraya Datuk Yusof telah bersama dengan Anwar Ibrahim sejak awal lagi dan hari ini terbukti Datuk Yusof agen Anwar Ibrahim"

Itu antara reaksi blogger pro Pembangkang dan juga Barisan Nasional. Namun semua itu adalah meleset sama sekali kerana apa yang Gomo nak sampaikan disini adalah diluar konteks pemikiran yang berbeza sama sekali.

PANDANGAN bebas:

Datuk Yusof membina keupayaan dalam kes liwat Anwar Ibrahim terdahulu cukup hebat sehinggakan sepanjang perbicaraan Karpal Singh GAGAL menagkis segala bukti yang diberikan oleh team pendakwaraya didalam mahkamah.

Datuk Yusof mengembeling tenaga dengan begitu jitu dalam menggalas tugasnya sebagai seorang pendakwaraya yang berektika dan memastikan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim tertuduh dalam kes liwat mendapat pengadilan yang setimpal diatas perbuatan liwatnya.

Namun segalanya musnah apabila ANwar Ibrahim dibebaskan atas keputusan hakim yang memberikan satu jawapan yang tidak kongkrit mengenai pembebasan anwar Ibrahim. Malah Datuk Yusof yang telah bertahun membina kes tersebut boleh Gomo katakan amat kecewa dengan keputusan yang berat sebelah itu.

Jadi untuk itu beliau cuba menongkah arus dengan membuat satu pekara yang diluar kotak pemikiran kita malah Kerajaan Malaysia, Ketua Peguam Negara dan juga Najib Razak itu sendiri apabila bersetuju menjadi peguambela Anwar Ibrahim dalam kes BERSHIT 3.0 ini.

Tidak ada salah dalam menjadi peguam Anwar Ibrahim walaupun sebelum ini menentang Anwar kerana jika kita lihat Karpal Singh yang sebelum ini orang pertama yang mendedahkan perilaku Anwar Ibrahim yang mengamalkan SEKS LUAR TABII akhirnya bertindak menjadi peguam ANwar Ibrahim sehingga ke hari ini.

Mungkin lebih tepat Gomo katakan apa yang berlaku dalam persekitaran para peguam ini adalah sikap Profesional yang ditampilkan olem mereka yang jika dulunya menentang kini menjadi pembela.

Namun demikian Gomo sebenarnya melihat dalam isu Datuk Yusof ini adalah AMARAN beliau kepada Ketua Peguam Negara, Kerajaan Malaysia dan juga Najib Razak bahawa apa sahaja boleh berlaku yang mana PERSEPSI boleh bertukar sekelip mata jika kerajaan tidak mengambil langkah yang serius dalam pekara seperti ini.

Datuk Yusof pada pandangan Gomo cuba menyampaikan mesej kepada YAB Perdana Menteri bahawa Ketua Peguam Negara GAGAL dalam melaksanakan tugas dan memberikan isyarat jelas kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim cukup hebat dalam mendominasi persepsi rakyat sehinggakan Liwat yang salah dijadikan tidak bersalah.

Apa sekalipun Gomo lihat apa yang berlaku hari ini melalui sudut yang positif yang mana Datuk Yusof bertindak selaku seorang yang Profesional dalam menjadi peguam kepada Anwar Ibrahim. Soal berapa yang dibayar Anwar Ibrahim pasti menjadi buah mulut rakyat terutama para peguam lain namun yang pasti Anwar Ibrahim mampu membayar apa sahaja kepada yang sanggup membelanya asalkan persepsi keatas beliau pulih dan menonjol dimata rakyat Malaysia.



Video diatas anda dapat lihat permainan Persepsi yang
dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Beliau SPIN apa sahaja demi
melepaskan dirinya yang telah terbukti tidak layak
menerajui Negara.


Buat pemerintah iaitu Kerajaan Malaysia diharap lebih peka akan pekara sebegini kerana hari ini Datuk Yusof mempamerkan belangnya dan tidak mustahil esok lusa akan ada lagi yang bertindak sepertimana beliau yang membuat persepsi mudah kepada kerajaan.

Perang Persepsi mendapat tempat dan sekarang ini banyak perang persepsi yang dilakukan mereka pembangkang yang mana kita boleh lihat cara kemasukkan bekas pengarah CID PDRM Malaysia Datuk Fauzi, Bekas pegawai tentera dan lain lain. Tidakan Kerajaan keatas perang Persepsi ini? Semoga pakar pakar didalam kerajaan mengambil serius perang persepsi yang dilancarkan oleh pembangkang terutama pakar SPIN hebat Anwar Ibrahim.

Najib Razak bersama pemimpin BN siang malam bertungkus lumus membangunkan negara dengan pelbagai program dan kebajikan buat rakyat. Pembangkang tidak dapat mengatasi semua yang dilakukan Najib Razak tetapi pembangkang mampu menghancurkan segala yang dibina Najib Razak selama ini hanya melalui perang PERSEPSI.

Fakta vs Auta - Video Penuh Debat Isu PTPTN Khairy vs Rafizi




Teruk Rafizi Kena Belasah





Apa yang pasti KJ bercakap dengan Fakta
manakala rafizi pula hanya sekadar Auta.

"Kalau kanak tadika pun Pakatan Rakyat tak boleh
nak beri pendidikan percuma apatahlagi dengan PTPTN"

Apa kata anda?

Khamis, 19 Januari 2012

KETIBAAN PEJUANG-PEJUANG SEBENAR RAKYAT!!!


2012!!! INILAH TAHUN PERJUANGAN RAKYAT!!! PADA TAHUN INI TELAH KITA LIHAT BERMULA SATU PERMULAAN ERA KEBANGKITAN PEJUANG MELAYU MUDA YANG TELAH BERSIAP SEDIA DAN TELAH MEMBUAT PERANCANGAN TELITI UNTUK MELAWAN ANASIR2 MELAYU TETAPI BERPEMIKIRAN ZIONIS. PEMERHATIAN UNTUK TAHUN YANG LEPAS PEJUANG TULEN YANG MEMPERJUANGKAN RAKYAT INI TELAH MEMULAKAN LANGKAH DAN AKAN MEMBUAT LANGKAH AGRESIF UNTUK MEMBERITAHU KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA MELAYU KHASNYA TENTANG KEBENARAN YANG NYATA DAN MEMPUNYAI BUKTI. ALHAMDULILLAH LAPORAN-LAPORAN PEMERHATIAN TENTANG NASIB UMAT MELAYU DI NEGARA INI TELAHPUN DIRUMUSKAN DENGAN MUDAH IAITU, JIKA UMNO MEMERINTAH MELAYU GAH! PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH MELAYU PUNAH!. RUMUSAN INI MEMANG NAMPAK MUDAH DAN KURANG BERMAKNA UNTUK ANDA TETAPI JIKA ANDA SEORANG YANG REALISTIK DAN BERILMU ANDA TAHU KEBENARANNYA... INGAT! UMNO MEMERINTAH MELAYU GAH!! PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH MELAYU PUNAH!! SALAM.