UMNO CYBER TROOPERS

UMNO CYBER TROOPERS
BERJUANG SAMPAI MATI!!!

Rabu, 23 Mei 2012

Datuk Yusof Bekas Pendakwaraya Kes Liwat Anwar Ibrahim Beri Amaran Buat Najib Razak





Agak riuh hari ini dengan cerita bekas pendakwaraya kes liwat Anwar Ibrahim Datuk Yusof yang hari ini menjadi peguambela kepada Anwar Ibrahim dalam kes rusuhan pada BERSHIT 3.0 tempoh hari. Ramai ulasan mengenai pekara tersebut dan diantaranya:

PEMBANGKANG KATA:

"Terbukti Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes liwat kerana sekarang ini pendakwaraya yang dulunya menentang Anwar Ibrahim telah menjadi peguambela kepada Anwar Ibrahim"

PRO KERAJAAN KATA:

"Baru jelas mengapa kes liwat Anwar Ibrahim dibebaskan kerana rupa rupanya pendakwaraya Datuk Yusof telah bersama dengan Anwar Ibrahim sejak awal lagi dan hari ini terbukti Datuk Yusof agen Anwar Ibrahim"

Itu antara reaksi blogger pro Pembangkang dan juga Barisan Nasional. Namun semua itu adalah meleset sama sekali kerana apa yang Gomo nak sampaikan disini adalah diluar konteks pemikiran yang berbeza sama sekali.

PANDANGAN bebas:

Datuk Yusof membina keupayaan dalam kes liwat Anwar Ibrahim terdahulu cukup hebat sehinggakan sepanjang perbicaraan Karpal Singh GAGAL menagkis segala bukti yang diberikan oleh team pendakwaraya didalam mahkamah.

Datuk Yusof mengembeling tenaga dengan begitu jitu dalam menggalas tugasnya sebagai seorang pendakwaraya yang berektika dan memastikan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim tertuduh dalam kes liwat mendapat pengadilan yang setimpal diatas perbuatan liwatnya.

Namun segalanya musnah apabila ANwar Ibrahim dibebaskan atas keputusan hakim yang memberikan satu jawapan yang tidak kongkrit mengenai pembebasan anwar Ibrahim. Malah Datuk Yusof yang telah bertahun membina kes tersebut boleh Gomo katakan amat kecewa dengan keputusan yang berat sebelah itu.

Jadi untuk itu beliau cuba menongkah arus dengan membuat satu pekara yang diluar kotak pemikiran kita malah Kerajaan Malaysia, Ketua Peguam Negara dan juga Najib Razak itu sendiri apabila bersetuju menjadi peguambela Anwar Ibrahim dalam kes BERSHIT 3.0 ini.

Tidak ada salah dalam menjadi peguam Anwar Ibrahim walaupun sebelum ini menentang Anwar kerana jika kita lihat Karpal Singh yang sebelum ini orang pertama yang mendedahkan perilaku Anwar Ibrahim yang mengamalkan SEKS LUAR TABII akhirnya bertindak menjadi peguam ANwar Ibrahim sehingga ke hari ini.

Mungkin lebih tepat Gomo katakan apa yang berlaku dalam persekitaran para peguam ini adalah sikap Profesional yang ditampilkan olem mereka yang jika dulunya menentang kini menjadi pembela.

Namun demikian Gomo sebenarnya melihat dalam isu Datuk Yusof ini adalah AMARAN beliau kepada Ketua Peguam Negara, Kerajaan Malaysia dan juga Najib Razak bahawa apa sahaja boleh berlaku yang mana PERSEPSI boleh bertukar sekelip mata jika kerajaan tidak mengambil langkah yang serius dalam pekara seperti ini.

Datuk Yusof pada pandangan Gomo cuba menyampaikan mesej kepada YAB Perdana Menteri bahawa Ketua Peguam Negara GAGAL dalam melaksanakan tugas dan memberikan isyarat jelas kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim cukup hebat dalam mendominasi persepsi rakyat sehinggakan Liwat yang salah dijadikan tidak bersalah.

Apa sekalipun Gomo lihat apa yang berlaku hari ini melalui sudut yang positif yang mana Datuk Yusof bertindak selaku seorang yang Profesional dalam menjadi peguam kepada Anwar Ibrahim. Soal berapa yang dibayar Anwar Ibrahim pasti menjadi buah mulut rakyat terutama para peguam lain namun yang pasti Anwar Ibrahim mampu membayar apa sahaja kepada yang sanggup membelanya asalkan persepsi keatas beliau pulih dan menonjol dimata rakyat Malaysia.



Video diatas anda dapat lihat permainan Persepsi yang
dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Beliau SPIN apa sahaja demi
melepaskan dirinya yang telah terbukti tidak layak
menerajui Negara.


Buat pemerintah iaitu Kerajaan Malaysia diharap lebih peka akan pekara sebegini kerana hari ini Datuk Yusof mempamerkan belangnya dan tidak mustahil esok lusa akan ada lagi yang bertindak sepertimana beliau yang membuat persepsi mudah kepada kerajaan.

Perang Persepsi mendapat tempat dan sekarang ini banyak perang persepsi yang dilakukan mereka pembangkang yang mana kita boleh lihat cara kemasukkan bekas pengarah CID PDRM Malaysia Datuk Fauzi, Bekas pegawai tentera dan lain lain. Tidakan Kerajaan keatas perang Persepsi ini? Semoga pakar pakar didalam kerajaan mengambil serius perang persepsi yang dilancarkan oleh pembangkang terutama pakar SPIN hebat Anwar Ibrahim.

Najib Razak bersama pemimpin BN siang malam bertungkus lumus membangunkan negara dengan pelbagai program dan kebajikan buat rakyat. Pembangkang tidak dapat mengatasi semua yang dilakukan Najib Razak tetapi pembangkang mampu menghancurkan segala yang dibina Najib Razak selama ini hanya melalui perang PERSEPSI.

Tiada ulasan: